Blogger Penyedia Blog Terbaik Dengan Masa Uptime 100%

Blogger Penyedia Blog Terbaik Dengan Masa Uptime 100%

Diterbitkan pada Dis 21, 2010 oleh .

Dengan perkhidmatan dan platform menulis blog yang banyak diluar sana, semestinya ramai yang tertanya-tanya mengenai platform manakah yang boleh diharap, dan tidak mempunyai sebarang masalah. Melalui kajian yang dilakukan oleh Pingdom, ianya memperlihatkan yang mana Blogger mengungguli carta dengan masa uptime 100%.

Blogger mengungguli carta dengan tiada sebarang masalah tidak boleh diakses sepanjang tempoh kajian dilakukan, manakala platform yang mencatatkan angka uptime paling teruk adalah Tumblr, lebih-lebih lagi, baru-baru ini Tumblr tidak boleh diakses lebih daripada sehari.

Dibawah Blogger, ianya diikuti masing-masing dengan WordPress.com, dan Typepad, manakala pesaing terdekat yang menyediakan perkhidmatan seumpama Tumblr menduduki pada tempat ke-empat, diatas Tumblr yang menduduki tangga kelima.

Seperti sedia maklum, Blogger dijana oleh Google, menjadikan servis tersebut tidak mempunyai sebarang masalah, serta memudahkan para pengguna membuat blog dengan mudah selain menyediakan pelbagai fungsi menarik berbanding perkhidmatan penyedia blog yang lain.


TIPS & ULASAN