Cari @ Amanz

Nampaknya, Google betul-betul ingin menyertai industri tawaran dan diskaun harian, dimana selepas gagal untuk memiliki Groupon pada tawaran $6 billion tempoh hari, kini ianya diperkatakan yang mana Google sedang berbincang dengan beberapa syarikat kecil dengan konsep serupa.

Beberapa laman yang dikatakan mungkin menjadi sasaran Google adalah termasuk LivingSocial, BuyWithMe dan juga WhaleShark Media. Walaubagaimanapun, masih tiada sebarang komen rasmi daripada pihak Google buat masa ini.

Selain daripada pasaran antarabangsa, para pembangun tempatan juga turut sama mula memberikan perhatian kepada laman seumpamanya, dimana di Malaysia sahaja terdapat beberapa laman sebegitu, termasuk GroupsMore, OrangeDeal, Baloi, Tawaran Harian, I Love Discounts dan banyak lagi. Mungkin, ianya akan menjadi antara trend baru pada tahun hadapan kelak. Sama-sama kita tunggu dan lihat perkembangannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd