Cari @ Amanz

Setelah melancarkan Windows Phone beberapa minggu yang lalu, kini Microsoft mengeluarkan statistik jualan mereka, dimana sehingga kini ianya diperkatakan lebih 1.5 juta perantian dengan sistem operasi Windows Phone 7 telah terjual di pasaran, dalam tempoh masa enam minggu pertamanya.

Di Malaysia sahaja, Maxis, DiGi dan Celcom masing-masing menawarkan perantian Windows Phone 7 dengan pakej yang amat menarik sekali. Maxis menawarkan perantian HTC HD7, DiGi dengan HTC 7 Mozart, manakala Celcom pula menawarkan perantian LG Optimus 7.

Selain daripada itu, kini ianya diperkatakan yang mana aplikasi di Windows Phone 7 Marketplace telah pun mencecah angka 4000 dalam masa dua bulan sejak pelancaran, memperlihatkan pembangunan yang sihat dan lebih pantas daripada Android. Pada masa yang sama, Windows Phone generasi akan datang, yang mana dikenali dengan angka 7.5 atau nama kod “Mango” juga kini telah mula dibangunkan, dan akan menemui para pengguna pada tahun hadapan nanti.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd