Fungsi Baru Facebook Meningkatkan Masalah Privasi?

Fungsi Baru Facebook Meningkatkan Masalah Privasi?

Diterbitkan pada Dis 22, 2010 oleh .

Pembangun perisian sekuriti dan keselamatan untuk IT, Sophos, kini mengingatkan pada pengguna berkenaan dengan masalah privasi seseorang, berikutan dengan pengenalan fungsi auto-tag gambar yang diperkenalkan oleh Facebook baru-baru ini.

Sebelum ini, Facebook telah memperkenalkan fungsi auto-tag melalui teknologi pengenalan muka yang mana membolehkan muka-muka para pengguna pada gambar dan imej digunakan dan seterusnya mencadangkan tag-tag nama yang berkenaan dengan muka pada gambar tersebut.

Ini sekaligus akan menjadikan, para pengguna yang tidak ingin berkongsi gambar atau tidak ingin di tag akan menghadapi masalah, walaupun fungsi ini mungkin diminati oleh mereka yang lain. Sophos mencadangkan agar para pengguna yang tidak berminat, boleh mengelakkan perkara ini berlaku dengan mengeluarkan diri mereka daripada fungsi tersebut, yang mana kaedah tersebut mungkin akan diperkenalkan melalui tetapan privasi pada Facebook kelak.


TIPS & ULASAN