DiGi Mula Menawarkan Samsung Galaxy Tab

DiGi Mula Menawarkan Samsung Galaxy Tab

Diterbitkan pada Dis 22, 2010 oleh .

Selepas Maxis dan Celcom yang menawarkan Samsung Galaxy Tab, kini DiGi menjadi yang ketiga yang mana turut menawarkan perantian yang sama pada harga RM1849 dengan kontrak selama 12 bulan ataupun pada cuma RM1599 dengan kontrak selama 24 bulan.

Galaxy Tab
Samsung Galaxy Tab

Namun begitu, anda masih boleh membelinya tanpa sebarang kontrak daripada DiGi pada harga jualan yang serupa seperti ditawarkan oleh Maxis dan Celcom, iaitu pada harga RM2699. Melalui Samsung Galaxy Tab, ianya membawakan skrin seluas 7-inch, dengan memori terbina sebesar 16GB. Tablet pertama daripada Samsung ini juga mengguna-pakai sistem operasi Android, dan mempunyai kamera depan dan belakang, selain menggunakan cip pemprosesan 1GHz.

Selain daripada DiGi, para pengguna turut sama boleh mendapatkannya daripada Celcom, yang menawarkan pada harga cuma RM1288 dengan kontrak selama 18 bulan, manakala dengan harga RM1699 dengan kontrak selama 24 bulan daripada Maxis.


TIPS & ULASAN