Pengguna Malaysia Gemarkan Permainan Bercorak Perlumbaan

Pengguna Malaysia Gemarkan Permainan Bercorak Perlumbaan

Diterbitkan pada Dis 22, 2010 oleh .

Dengan peningkatan perantian mudah alih dan sebagainya, kini Malaysia menduduki tangga ke-12 secara global dalam memainkan permainan mudah-alih (mobile games), dengan lebih 97,000 pengguna memuat-turun lebih 67,000 permainan pada bulan November 2010 sahaja.

Melalui analisa yang dilakukan oleh BuzzCity, ianya memperlihatkan yang mana penduduk Malaysia antara yang aktif bermain permainan pada telefon bimbit mereka, dan permainan yang paling banyak dimuat-turun daripada portal permainan Djuzz pada bulan November adalah Grand Theft Auto 2, selain turut menyertakan permainan bercorak perlumbaan yang lain, termasuk 3D Street Racing, Underground Racer, dan 3D Neef for Drifting antara permainan yang popular dimuat-turun.

Pada masa yang sama, melalui analisa tersebut, ianya turut memperlihatkan yang mana telefon bimbit jenama Nokia menjadi pilihan paling ramai pengguna Malaysia, iaitu lebih 74.14 peratus, dan diikuti oleh SonyEricsson dengan 31.19 peratus.


TIPS & ULASAN