Microsoft Akan Memperkenalkan Windows OS Untuk Tablet

Microsoft Akan Memperkenalkan Windows OS Untuk Tablet

Diterbitkan pada Dis 23, 2010 oleh .

Dengan dunia tablet yang makin popular, kini Microsoft diperkatakan akan memperkenalkan versi baru Windows mereka khas untuk cip pemprosesan ARM pada acara terkemuka Consumer Electronics Show (CES) pada bulan Januari 2011 ini.

Buat masa ini, masih tiada sebarang informasi lanjut berkaitan dengannya, dimana tidak diketahui samaada ianya merupakan versi Windows baru, ataupun Windows 7 yang diubahsuai untuk struktur ARM. Pada masa kini, cip ARM makin menjadi popular kerana penggunaan tenaga yang rendah, dimana kebanyakkan telefon pintar dan tablet menggunakan cip pemprosesan tersebut.

Dengan pengenalan Windows OS khas kelak, mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak tablet yang menggunakan Windows. Pada masa kini, dunia tablet dipegang kukuh oleh iPad keluaran Apple yang menggunakan iOS, selain beberapa tablet lain yang menggunakan Android sebagai sistem operasinya.

Selain daripada itu, Intel juga dijangka akan memperkenalkan cip pemprosesan khas yang menggunakan kuasa rendah pada tahun hadapan, sekaligus turut sama menumpukan perhatian pada dunia telefon mudah-alih dan tablet.


TIPS & ULASAN