Carian
Prototaip iPad Mini Mula Kelihatan?
December 23, 2010 Aman

Seperti sedia maklum, mungkin semua sudah ketahui akan mengenai iPad 2, dan menariknya kini salah seorang bintang pop dari Taiwan memperlihatkan gambar beliau memegang dua perantian, salah satunya merupakan iPad generasi pertama yang kini dijual di pasaran, san satu lagi perantian bersaiz sedikit kecil yang diperkatakan sebagai iPad generasi baru.


Prototaip iPad 2? [via]

Sejak beberapa bulan yang lepas, ura-ura mula memperkatakan yang mana iPad 2 kelak akan bersaiz kecil, lebih kurang 7-inch. Namun begitu, masih tiada sebarang maklumbalas rasmi berkaitan dengannya daripada pihak Apple. Dan, kini dengan penulis blog dari Taiwan, iaitu Jimmy Lin memperkatakan yang mana ianya merupakan prototaip iPad baru, bersaiz lebih kecil daripada yang asal.

Walaupun ianya masih tidak begitu dipercayai, dan memandangkan Apple semestinya mengambil langkah lebih berjaga-jaga sejak peristiwa iPhone 4 tempoh hari, mungkin berita ini adalah tidak tepat. Pada masa yang sama, jikalau dilihat daripada perspektif berbeza pula, Jimmy Lin merupakan salah seorang bintang pop, dan merupakan salah seorang pelumba kereta dan mempunyai syarikat teknologi sendiri, memperlihatkannya seperti sesuatu yang benar.

Jimmy Lin turut mengatakan yang mana ianya hanyalah prototaip, dan amat sesuai untuk dimainkan oleh anaknya yang masih lagi kecil. iPad generasi baru kelak dijangka akan diumumkan pada suku tahun pertama tahun 2011 ini.

Komen