Carian
Skype Tidak Boleh Di Akses
December 23, 2010 Aman

Perkhidmatan VoIP yang paling popular, Skype kini nampaknya tidak boleh digunakan oleh jutaan pengguna seluruh dunia disebabkan masalah yang tidak diketahui, sekaligus menjadikannya salah satu topik terhangat di Twitter buat masa ini (ketika artikel ini ditulis).

Ianya diperkatakan yang mana masalah tersebut dihadapi oleh segelintir pengguna, dimana pengguna yang sedia telah log masuk ke dalam Skype masih boleh menggunakannya seperti biasa, namun pengguna yang baru ingin log masuk menghadapi masalah. Selain daripada itu, ianya turut diperkatakan yang mana klien Skype kelihatan seperti bermasalah, dan tidak dapat digunakan sepenuhnya oleh para pengguna.

Pembangun Skype mengatakan yang mana mereka sedang mengkaji masalah ini, dan meminta maaf ke atas kesulitan yang dihadapi. Para pengguna aktif Skype juga boleh mengikuti @Skype pada Twitter untuk pelbagai kemaskini terkini.

Sebelum ini, perkhidmatan mikro-blog terkemuka, Tumblr menghadapi masalah tidak boleh digunakan perkhidmatan mereka untuk lebih 24 jam, sekaligus menjadi salah satu berita terhangat sebelum ini.

Komen