MY1OS – Linux Buatan Malaysia Mencapai Versi Stabil

MY1OS – Linux Buatan Malaysia Mencapai Versi Stabil

Diterbitkan pada Dis 24, 2010 oleh .

Seperti sedia maklum, terdapat beberapa sistem operasi atau distro Linux buatan tempatan, termasuk Oshirix, Narloo Ribbon OS, simpleLinux, dan terkini adalah my1os, yang mana dibangunkan berasaskan Debian dan menggunakan persekitaran dekstop GNOME sebagai platformnya.


Antaramuka my1os


Antaramuka my1os

Buat masa ini, ianya masih lagi dalam peringkat pembangunan, dan versi pembangunan terakhir menggunakan nama kod Tuah, dan membawakan pelbagai aplikasi seperti mana distro-distro Linux yang lain, termasuk Empathy IM, Mozilla Firefox, Google Chrome, dan Gyachi (sebagai ganti Yahoo! Messenger). Menariknya, ianya turut menyokong perantian jalur-lebar mudah-alih melalui my1broadband Dialer dan juga Vodafone Mobile Connect yang didatangkan bersama-sama dengannya. Pada masa yang sama, dalam identitinya sebagai keluaran Malaysia, ianya turut menyertakan pautan pantas ke laman web E-Kerajaan Malaysia.

Namun begitu, masih tiada sebarang pautan muat-turun yang disediakan pada laman web tersebut, untuk para pengguna untuk menguji terlebih dahulu sistem operasi my1os ini. Sehingga kini, pihak mereka menghantar versi beta kepada para pengguna melalui CD, dan melalui halaman my1os pada Facebook, pembangunnya mengatakan yang mana versi pembangunannya sudah pun mencapai versi stabil. Mungkin dalam sedikit masa lagi, ianya akan dilepaskan kepada umum. Sama-sama kita nantikannya.

Kemaskini : Ianya diketahui yang mana MY1OS tidak akan diedarkan secara percuma, manakala akan dijual pada harga kurang 80% daripada sistem operasi lain (Windows?), dan oleh kerana itu tiada pautan muat-turun disediakan.


TIPS & ULASAN