Cari @ Amanz

Android 3.0 Pada Bulan Mac 2011 Kelak?

Oleh Aman

Link Copied!

Dengan pelepasan Android 2.3 Gingerbread tempoh hari, semestinya kini ramai tertanya-tanya apakah yang akan dibawakan oleh Android 3.0 (Honeycomb). Sebelum ini, pembangunnya telah memperlihatkan tablet bersama versi pembangunan Android 3.0, dan kininya diketahui yang mana Android 3.0 akan menemui pengguna pada bulan Mac 2011.

GMail HoneyComb
GMail Pada Tablet Android Honeycomb [via]

Melalui laman DigiTimes, ianya mengatakan yang mana beberapa pembangun perantian dijangka akan memperkenalkan tablet mereka pada bulan April atau Mei selepas Google melepaskan Android 3.0 pada bulan Mac. Namun begitu, ianya masih lagi tidak disahkan, memandangkan tiada sebarang sumber yang dipetik laman tersebut.

Versi terakhir Android yang dilepaskan oleh Google baru-baru ini adalah Android 2.3 yang mana membawakan beberapa fungsi baru. Bersama-sama dengannya, Google turut melancarkan Nexus S dengan kerjasama Samsung. Namun, adakah pada pelancaran selepas ini, Google akan melancarkan tablet bersama pelancarannya? Sama-sama kita nantikannya.


Komen ()