FourSquare Untuk Android Kini Menyokong Gambar Dan Komen

FourSquare Untuk Android Kini Menyokong Gambar Dan Komen

Diterbitkan pada Dis 24, 2010 oleh .

Setelah melancarkan versi baru aplikasi FourSquare dengan pelbagai fungsi baru untuk iOS, kini FourSquare untuk Android turut mendapat kemaskini, yang mana membawakan pelbagai fungsi baru, termasuk sokongan gambar dan juga fungsi komen.

Selain daripada fungsi gambar dan komen baru pada FourSquare yang diintegrasikan pada aplikasi FourSquare untuk Android, ianya turut membawa tambahan dua lagi bentuk widget baru, membolehkan para pekerja untuk memperlihatkan widget FourSquare pada skrin utama dalam bentuk dan saiz yang digemari mereka untuk akses pantas.

Seterusnya, versi BlackBerry dan webOS dijangka akan mula menyokong fungsi baru ini, iaitu gambar dan komen mulai kemaskini aplikasi mereka pada awal Januari 2011 kelak.


TIPS & ULASAN