Cari @ Amanz

Setelah setahun lebih memperkenalkan aplikasi FoodSpotting untuk para pengguna iPhone, kini pembangun FoodSpotting turut sama memperkenalkan aplikasi mereka kepada para pengguna Android membolehkan anda merakamkan makanan kegemaran anda, dan berkongsi bersama komuniti yang lain dengan mudah.

Buat masa ini, aplikasi FoodSpotting ini masih lagi dalam peringkat beta, dan belum diperkenalkan pada Android Market lagi buat masa ini. Walaubagaimanapun, para pengguna boleh mencuba aplikasi tersebut dengan memuat-turun secara terus daripada laman FoodSpotting dan seterusnya memasangnya pada telefon pintar Android masing-masing.

Selain daripada para pengguna boleh berkongsi makanan menarik bersama rakan-rakan mereka yang lain, aplikasi FoodSpotting untuk Android turut membolehkan anda mengintegrasikannya bersama Twitter, Facebook dan FourSquare dengan mudah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd