Courts Turut Sama Menawarkan Galaxy Tab

Courts Turut Sama Menawarkan Galaxy Tab

Diterbitkan pada Dis 25, 2010 oleh .

Selain daripada beberapa syarikat telekomunikasi tempatan yang menawarkan Samsung Galaxy Tab, anda kini turut sama boleh mendapatkan tablet keluaran Samsung itu daripada Courts pada harga RM2699 ataupun pada bayaran mingguan serendah RM27.10.

Selain daripada Courts, syarikat telekomunkasi, seperti Maxis, DiGi dan Celcom turut sama menawarkan Samsung Galaxy Tab pada harga sama iaitu RM2699. Namun begitu, anda boleh mendapatkannya pada harga yang lebih murah sekiranya anda mengikat kontrak menggunakan perkhidmatan talian dan internet mereka untuk lebih kurang 12 bulan dan keatas. Namun begitu, sekiranya anda ingin dapatkannya tanpa sebarang kontrak talian telekomunikasi, dan pada bayaran ansuran mingguan, mungkin anda boleh ke Courts dan dapatkannya daripada sana. Menariknya, Courts turut sama menawarkan Nintendo Wii bersama-sama dengan setiap pembelian Samsung Galaxy Tab.

Tips daripada Ayeh. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus di Twitter ataupun pada emel media(at)amanz.my


TIPS & ULASAN