Apesal.com Memudahkan Perkongsian Artikel Antara Blogger

Apesal.com Memudahkan Perkongsian Artikel Antara Blogger

Diterbitkan pada Dis 25, 2010 oleh .

Dengan blog yang makin bertambah dari hari ke hari, kini Apesal.com muncul dimana ianya memudahkan perkongsian pautan kepada artikel-artikel menarik yang mana diperlihatkan secara rawak pada penghujung setiap artikel, sekaligus menjadikan pencarian artikel menarik harian lebih mudah dan senang.

Apesal.com berfungsi sebagai salah satu tempat untuk berkongsi pautan, dimana setiap pemilik blog yang berdaftar akan mendapat satu widget khas, yang mana anda dikehendaki meletakkanya di blog anda, dan melalui ruangan widget tersebut, entri-entri rawak samaada daripada blog anda sendiri, mahupun dari blog-blog lain yang berdaftar di Apesal.com akan diperlihatkan. Menurut Apesal.com, melalui konsep tersebut, para pengguna boleh mendapat peningkatakn trafik pembaca antara 30% hingga 40% setiap hari.

Para penulis blog yang berminat, boleh mendaftarkan diri dengan mudah pada laman Apesal.com, seterusnya memasang widget khas, dan mula berkongsi trafik bersama yang lain. Namun begitu, ianya mengambil masa sehingga 12 jam untuk blog anda disahkan oleh pentadbir di Apesal.com.


Contoh Widget Apesal.com Di Laman Cisdel.com

Untuk pengetahuan para pembaca, laman Apesal.com ini dibangunkan oleh pemilik disebalik laman E-Sempoi, iaitu Sharifah Munira.


TIPS & ULASAN