Google Ingin Memudahkan Penjanaan Duit Melalui Blogspot

Google Ingin Memudahkan Penjanaan Duit Melalui Blogspot

Diterbitkan pada Dis 26, 2010 oleh .

Setelah beberapa fungsi baru yang diperkenalkan oleh Google melalui platform Blogger mereka, kini ianya dapat dilihat yang mana Google ingin menumpukan pada pembangunan platform menjana duit melalui Blogger, selain memudahkan para pengguna platform tersebut menjana duit melaluinya dengan lebih mudah lagi.

Seperti sedia maklum, Google merupakan antara penyedia platform pengiklanan dalam talian yang terkemuka, dimana ianya merupakan antara pendapatan utama mereka. Tidak berapa lama dahulu, Google telah turut mengintegrasikan kemudahan untuk para pengguna Blogger untuk menjana pendapatan tambahan, melalui tab Monetize. Menariknya, mungkin tidak lama lagi, ianya turut sama akan menerima pelbagai fungsi baru.


Antara Soalan Yang Di Tanya Google

Buat masa ini, Google sedang menjalankan bancian ringkas, dimana melaluinya mereka bertanya kepada para pengguna Blogger samaada adakah mereka akan gembira sekiranya mendapat pendapatan tetap paling kurang $20 sebulan atau $500 sebulan. Ianya tidak dapat dipastikan samaada apakah yang akan diperkenalkan oleh Google tidak lama lagi, namun ianya mungkin amat menguntungkan para pengguna Blogger kelak.


TIPS & ULASAN