Cari @ Amanz

Kini pembangun SimpleLinux telah mengumumkan keterdapatan SimpleLinux Rescue CD yang diberi kod nama sebagai “Penyelamat”. Menurut pembangunnya, SimpleLinux Rescue CD akan dikeluarkan secara rasmi pada 15 Januari 2011 nanti.

SimpleLinux Penyelamat didatangkan dalam persekitaran desktop GNOME dan sehingga kini, ia dimuatkan dengan beberapa utiliti seperti gParted, Photorec, TestDisk dan juga FishShell interactive dan pada masa akan datang mungkin banyak lagi utiliti yang berguna akan dimuatkan bersama.

Pembangun SimpleLinux juga turut menyertakan bersama Perancangan Pembangunan bagi distro mereka pada laman sosial Facebook mereka.

Sama-sama kita menanti perkembangan yang menarik bagi distro buatan anak jati malaysia ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd