Linux Mint Debian 201012

Linux Mint Debian 201012

Diterbitkan pada Dis 26, 2010 oleh .

Clement Lefebvre mengumumkan keterdapatan Linux Mint yang dibina berasaskan Linux Debian (Linux Mint Debian Edition). Menurut Clement Lefebvre dilengkapi dengan 10 fungsi yang sama seperti Linux Mint biasa dan juga turut tersedia dengan 64-Bit, kelajuan operasi yang dipertingkatkan dan juga Btrfs, iaitu file-system terbaru untuk Linux.

Walau bagaimanapun, Linux Mint Debian Based ini tidaklah mesra pengguna sebagaimana Linux Mint Ubuntu-Based seperti yang dinyatakan sendiri oleh Clement di dalam artikelnya yang disiarkan pada Blog LinuxMint itu sendiri.

Namun, jika anda peminat Linux Debian, jangan ketinggalan untuk mencuba distro ini.


TIPS & ULASAN