SuperTuxKart 0.7

SuperTuxKart 0.7

Diterbitkan pada Dis 26, 2010 oleh .

SuperTuxKart merupakan applikasi permainan perlumbaan 3D yang dilesenkan dibawah sumber terbuka kini sedia untuk dimuat turun oleh pengguna. Menurut pembangunnya, versi 0.7 berjaya disiapkan sepenuhnya setelah beberapa tahun, di mana ia membabitkan proses nyah pepijat bagi mencapai versi stabil.

Bagi versi terbaru ini, SuperTuxKart dilengkapi dengan penambahbaikan pada litar lumba, animasi yang dipertingkatkan berbanding versi terdahulu dan juga kini ia menyokong jalan pintas dalam perlumbaan.

Applikasi ini boleh dimuat turun pada laman ini dan failnya seberat 101.895Mb. Jika anda tidak mampu untuk membeli permainan seperti Need For Speed, mungkin anda perlu beralih kepada arena permainan sumber terbuka sekarang.


TIPS & ULASAN