Cari @ Amanz

Tualatrix, iaitu pembangun kepada Ubuntu Tweak telah mengumumkan bahawa versi terbaru baru Ubuntu Tweak iaitu Ubuntu Tweak 0.5.8 sedia untuk dimuat turun oleh pengguna Linux Ubuntu. Lebih menarik, ia kini mampu menyokong persekitaran Desktop Unity dan sedia untuk diguna pakai pada Ubuntu Natty 11.04.

Tualatrix juga turut mengumumkan beberapa fungsi terbaru bagi Ubuntu Tweak pada artikel pengumuman yang ditulis olehnya. Antara fungsi baru itu termasuklah sokongan terhadap versi terbaru Compiz iaitu Compiz 0.9.2.1 serta penggunaan efek desktop terbaru iaitu “WorkSpace Switching with Mouse Wheel”.

Lebih menarik, kini Ubuntu Tweak versi 0.5.8 turut menyokong Linux Mint 10 “Julia”. Sehubungan dengan itu, pengguna Linux Mint 10 tidak lagi perlu menggunakan Ailurus jika mereka ingin menggunakan Ubuntu Tweak ini.

Jika anda berminat, anda boleh memuat turun pakej .deb di sini dan mulakan proses pemasangannya ke dalam PC anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd