Cari @ Amanz

Jika anda merupakan pengguna yang kurang sabar untuk memiliki Ubuntu Natty yang bakal dilengkapi dengan pelbagai fungsi terbaru seperti penggunaan WayLand dan juga Unity, anda perlu membuat sesuatu iaitu dengan membilang hari bagi memilikinya.

Ketika artikel ini ditulis, Ubuntu Natty 11.04 bakal dilepaskan secara rasmi selama 123 hari lagi. Jika anda turut sama dalam operasi membilang hari, anda boleh menggunakan widget khas untuk diletakkan pada blog atau sebagai forum signature anda. Terima kasih diucapkan kepada Geschrieben, seorang warga Jerman yang membina widget ini.

Ubuntu 11.04 days to go

Manakala, Release Counter Widget yang rasmi pula akan dikeluarkan pada tahun hadapan. Jika anda berminat untuk menjadikannya sebagai Widget khas pada blog anda, sila dapatkan kod tersebut di laman ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd