Cari @ Amanz

Tarikh hari ini mencatatkan sebuah sejarah baru dalam dunia rangkaian sosial tempatan, dimana buat pertama kalinya, dua lagi lencana baru untuk FourSquare berjaya dibuka, iaitu Super Duper Swarm dan juga Epic Swarm. Perkara ini berjaya dicapai bersempena dengan acara perlawanan akhir AFF Suzuki Cup 2011 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Walaubagaimanapun, pada masa yang sama, penyokong Malaysia yang diperkatakan menggunakan laser untuk memancarkan cahaya ke arah pemain Indonesia turut dikritik dan diperkatakan pada Twitter, sekaligus menjadikan topik #MalaysiaCheatLaser menjadi topik terhangat di Twitter sekaligus memburukkan nama Malaysia di persada antarabangsa.


Trending Pada Twitter

Selain daripada itu, ianya dapat dilihat yang mana dunia sosial serba sebanyak telah mengubah cara perkongsian maklumat antara pengguna, dimana daripada 10 topik terhangat di Twitter, 6 daripadanya adalah berkait kepada Piala AFF Suzuki, iaitu #MalaysiaCheatLasers, Offside, Lasers, Ipin, Suyono, Safee.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd