Seperti yang dinantikan sebelum ini, akhirnya pemilik Mentari Works, Mohd Huzairy telah melancarkan projek peribadi beliau yang mana menumpukan perhatian kepada konsep baru dalam jualan tema WordPress, iaitu melalui 12 Designs Project, setiap sebulan, sebuah rekabentuk tema baru akan dilepaskan dan dijual hanya kepada 12 pengguna sahaja.
Tema Pertama 12 Designs Project – Aries
Untuk tema yang pertama ini, ianya dinamakan dengan nama Aries, mengambil nama astrologi, dan membawakan tema dengan rekabentuk minimalis, menjadikannya mudah untuk diubahsuai, mahupun sesuai digunakan untuk mereka yang inginkan masa membuka (loading) blog yang lebih pantas.
Tema Aries ini didatangkan untuk platform WordPress pada harga cuma RM150, dan hanya akan dijual untuk 12 orang sahaja, menjadikannya antara tema edaran terhad. Selain daripada itu, sokongan juga disediakan oleh pembangunnya, memudahkan untuk para pengguna bertanya sebarang perkara terus kepada pembangunnya dengan mudah. Bagi yang berminat, atau ingin melihat hasil kerja Huzairy, boleh ke laman 12 Designs Project.