Facebook Kini Laman Ke Tiga Terbesar Di Dunia

Facebook Kini Laman Ke Tiga Terbesar Di Dunia

Diterbitkan pada Dis 27, 2010 oleh .

Facebook memperlihatkan perkembangan yang amat positif sekali sepanjang tahun ini, dimana kini, ianya berjaya menewaskan Yahoo! sekaligus mengambil takhta sebagai laman web ketiga terbesar di dunia, dimana sepanjang November, lebih 648 juta pengguna melayari Facebook berbanding hanya 630 juta yang menggunakan Yahoo!.

Kini, Facebook hanya dibelakang dua lagi gergasi internet yang lain, iaitu Microsoft dan juga Google. Microsoft mempunyai seramai 869 juta pengunjung pada bulan November, manakala Google mempunyai lebih 970 juta pengguna sepanjang bulan November yang lepas.

Selain daripada laman ketiga terbesar di dunia, Facebook juga adalah laman kedua terbesar yang menyediakan video, dibelakang YouTube milik Google. Facebook seperti sedia maklum telah menjadi suatu fenomena yang besar pada tahun 2010 ini, sekaligus pemiliknya, Mark Zuckerberg turut dinamakan sebagai individu pilihan tahunan oleh Majalah Times. Facebook juga merupakan laman paling popular di Malaysia, meninggalkan Google dan Yahoo! di belakangnya.


TIPS & ULASAN