Cari @ Amanz

Seperti sedia maklum, pelepasan versi akhir WordPress 3.1 sedikit ditangguhkan kerana terdapat beberapa perkara lagi yang masih belum diselesaikan, namun para pembangunnya masih lagi belum berputus asa, dan WordPress 3.1 RC1 sedia untuk dimuat-turun dan diuji oleh para pengguna.

Seperti sedia maklum, versi RC hanya akan dilepaskan selepas versi Beta, dan sebelum versi akhir, sekaligus memperlihatkan yang mana ianya telah memasuki fasa akhir pembangunan. Berkemungkinan besar ianya akan dilancarkan bersama-sama pada tahun baru ini kelak, namun tiada pengumuman rasmi daripada pihak pembangunnya buat masa ini, memandangkan ianya masih lagi perlu diuji sepenuhnya, dan kualiti pembangunan WordPress perlu dikekalkan untuk mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini pada masa hadapan kelak.

Bagi yang berminat, anda boleh memuat-turun WordPress 3.1 RC1 dan seterusnya mengujinya, dan melaporkan sebarang masalah kepada WordPress Trac. Selain daripada itu, sekiranya anda ingin mengikuti setiap kemaskini pembangunan WordPress, anda boleh memuat-turun dan mengaktifkan plugin WordPress Beta Tester pada pemasangan WordPress anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd