Cari @ Amanz

Selain daripada HTC HD7 yang ditawarkan oleh Maxis, kini Maxis turut menambah koleksi tawaran perantian Windows Phone 7 dengan menawarkan HTC 7 Mozart, dimana ianya boleh didapati pada harga RM2099, ataupun pada harga serendah RM1299 dengan mengikat kontrak bersama Maxis selama 24 bulan.

Bagi yang betul-betul inginkan perantian Windows Phone 7, mungkin mereka boleh mendapatkannya, memandangkan ianya lebih murah daripada HTC HD7. Namun begitu, terdapat juga perbezaan spesifikasi antara kedua-dua perantian ini, yang menjadikan setiap satunya unik.

HTC 7 Mozart didatangkan dengan skrin sebesar 3.7-inch, serta kamera terbina 8MP dengan autofokus dan flash Xenon, sokongan audio SRS WOW HD, kebolehan merakamkan video HD 720p dan juga sama seperti telefon pintar Windows Phone 7 yang lain, ianya membawakan cip pemprosesan selaju 1GHz.

Selain daripada Maxis, DiGi turut menawarkan HTC 7 Mozart dengan pakej mereka, manakala Celcom menawarkan perantian Windows Phone 7 yang berbeza, iaitu LG Optimus 7.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd