Cari @ Amanz

KinEmote Aplikasi Terbaru Untuk Kinect

Link Copied!

KinEmote adalah salah satu projek sumber terbuka dan telah dilancarkan secara rasmi pada 23 Disember 2010 oleh Joel Griffin Dodd dan John Simons. KinEmote membolehkan anda mengawal beberapa applikasi termasuk Boxee dan Banshee hanya dengan melakukan pergerakan tangan.

Menurut pembangunnya, KinEmote bukan sahaja mampu berfungsi bersama dengan Kinect, tapi ia juga mampu berfungsi dengan mana-mana perantian NI (Natural Interaction) yang lain.

Griffin Odd berkata lagi bahawa buat masa ini, begitu ramai sekali pembangun yang berusaha dalam membangunkan perisian dan perkakasan yang hebat dan menarik namun mereka tidak dapat menyediakan kepada para pengguna sesuatuk applikasi yang memudahkankan urusan asas dalam kehidupan mereka, satu applikasi yang praktikal di mana semua orang dapat memasang dan menggunakannya dengan senang.


Komen ()