Cari @ Amanz

Pembangun distro simpleLinux telah pun mengumumkan keterdapatan versi terbaru mereka iaitu simpleLinux Felix101. Kini simpleLinux dilengkapi dengan installer untuk membolehkan pengguna-pengguna memasang secara kekal di dalam cakera keras dengan mudah dan pantas.

simpleLinux dilengkapi dengan LinuxLive USB Creator (LiLi) untuk sistem operasi Windows serta uNetBootin untuk para pengguna memasang distro berkenaan di dalam cakera keras.

simpleLinux Felix101 boleh dimuat turun melalui FTP dan juga Torrent dan anda boleh dimuat-turun secara percuma pada saiz yang amat kecil sekali, berbeza dengan distro Linux yang lain.

Selain daripada itu, pada masa yang sama, pihak pembangun Narloo Ribbons turut memaklumkan bahawa mereka akan menyediakan pautan untuk memuat turun distro mereka pada 29 Disember akan datang ini. Kedua-dua distro ini adalah dibangunkan oleh para pembangun Malaysia, selain daripada MY1OS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd