Carian
Apple Akan Mengeluarkan Tiga Versi iPad 2?
December 28, 2010 Aman

Apple dijangka kelak akan memperkenalkan tiga versi berbeza untuk iPad generasi kedua, iaitu akan membawakan sokongan, atau kombinasi sokongan antara WiFi, UMTS dan CDMA dalam usaha memenuhi permintaan pengguna untuk menikmati penggunaan tanpa gangguan sambungan internet.

Ianya masih lagi tidak diketahui bila manakah Apple akan melancarkan generasi kedua iPad ini, dengan ura-ura kini mengatakan yang mana iPad akan mula dihantar untuk pengeluaran besar-besaran pada pertengahan kedua bulan Januari, dimana lebih 500,000 unit dijangka akan dihantar ke pelbagai saluran pada bulan Januari ini.

Selain daripada itu, iPad generasi kedua ini juga dijangka akan membawakan skrin serba baru yang mana membawakan skrin anti-pantulan, untuk membolehkan ianya bersaing secara sihat bersama Kindle yang dikeluarkan daripada Amazon. Walaubagaimanapun, pelbagai fungsi baru yang akan dibawa oleh iPad generasi baru ini masih menjadi tanda tanya buat masa ini.

Sebelum ini, sebuah gambar yang memperlihatkan seorang bintang pop bersama prototaip iPad generasi kedua mula tersebar di internet, sebelum ianya disahkan yang mana ianya hanyalah sekadar sebuah gambar yang telah di-photoshop-kan. Apple dikatakan tidak memperlihatkan sebarang perancangan untuk mengeluarkan iPad bersaiz kecil sehingga kini.

Komen