Cari @ Amanz

Dengan sokongan gambar pada FourSquare kini, semestinya ramai yang sudah mula berkongsikan gambar bersama rakan-rakan mereka yang lain. Namun, pada masa yang sama, mungkin anda ingin menyimpannya sebagai salah satu koleksi anda pada laman Flickr. Kini, masalah ini dapat diselesaikan melalui FlickSquare.

FlickSquare merupakan sebuah aplikasi berasaskan web yang ringkas yang mana secara automatiknya menghantarkan gambar yang dikongsikan pada FourSquare anda terus ke Flickr. Penggunaannya juga amat mudah, dimana anda hanya perlu log masuk ke laman FlickSquare menggunakan akaun FourSquare, dan memberikannya kebenaran untuk Flickr, sekaligus seterusnya semua gambar yang anda kongsikan pada FourSquare ketika daftar masuk sesuatu lokasi, akan dikongsikan bersama di Flickr.

Selain daripada perkongsian gambar, FlickSquare juga pada masa yang sama menambah tag lokasi pada gambar anda, sekaligus memudahkan anda melihat gambar yang anda kongsikan pada Flickr itu dengan lebih mudah lagi.

Kredit : TechCrunch

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd