Nexus S Kini Di Malaysia

Nexus S Kini Di Malaysia

Diterbitkan pada Dis 28, 2010 oleh .

Tidak sampai sebulan Google dan Samsung melancarkan Nexus S, kini beberapa pengguna tempatan sudah pun menjadi yang terawal menggunakan Nexus S di Malaysia. Nexus S merupakan telefon pintar pertama yang menggunakan Google Android 2.3 Gingerbread, yang mana membawakan pelbagai fungsi-fungsi baru yang menarik sekali.

Nexus S didatangkan dalam sebuah kotak yang serba ringkas dengan yang didatangkan dengan sebuah pengecas yang mana kabelnya turut sama boleh digunakan untuk menghubungkan perantian Nexus S ke komputer, serta hands-free untuk membolehkan anda bercakap dengan lebih mudah ketika bergerak. Ianya turut sama didatangkan dengan sebuah buku panduan ringkas, dan juga kad warranty untuk Nexus S.


Nexus S bersama perantian yang lain


Ketebalan Nexus S

Nexus S daripada Samsung ini membawakan cip pemprosesan 1GHz Cortex A8 (Hummingbird), dan memori terbina dalaman 16GB. Nexus S turut membawakan kamera hadapan dan belakang 5-megapixel, yang menyokong autofokus dan Flash. Skrin seluas 4″ WVGA Super Amoled padanya membawakan sokongan sensor sentuh kapasitif, dan juga lapisan anti-cap jari.


Nexus S Depan dan Belakang

Dengan perisian Android 2.3 pada Nexus S, ianya turut membawakan pelbagai fungsi menarik dan membawa prestasi telefon pintar tersebut kepada maksimum, membawakan antaramuka yang diberikan nafas baru, papan kunci yang lebih menarik berbanding sebelumnya, sokongan NFC (near-field communication), sokongan panggilan internet (VoIP), sokongan panggilan video, peta dalam bentuk 3D, dan hiburan yang lebih menarik pada skrin seluas 4-inch.

Di Malaysia, masih tiada syarikat telekomunikasi yang menawarkannya buat masa ini, dan masih tidak diketahui berkenaan dengan perancangan Samsung Malaysia berkaitan dengannya. Walaubagaimanapun, para pengguna yang berminat masih boleh dapatkannya pada harga cuma RM2400 secara terus dari forum Lowyat.

Terima kasih kepada Irwan6179 untuk gambar.


TIPS & ULASAN