Selepas mula menawarkan Samsung Galaxy Tab, kini, Maxis terus menambah perantian berupa tablet yang ditawarkan oleh mereka, dimana kini Maxis turut sama menawarkan Huawei Ideos S7 yang mana merupakan salah satu tablet yang menggunakan Android dan membawakan skrin sentuh sebesar 7-inch.
Melalui Huawei IDEOS S7, para pengguna boleh melayari internet dan menikmati gambar kualiti tinggi serta video HD pada skrin 7-inch TFT. Pada masa yang sama, ianya juga adalah ringan dan nipis berbanding beberapa tablet yang lain. Para pengguna juga turut sama boleh menikmati komunikasi suara, SMS, MMS, emel dan banyak lagi, sama seperti perantian Android yang lain.
Huawei IDEOS S7 yang berharga RM1599 ini boleh didapati pada harga cuma RM899 dengan kontrak pakej Maxis selama 24 bulan, ataupun pada harga cuma RM999 dengan kontrak selama 12 bulan. Selain daripada itu, menariknya, Maxis turut menawarkan perantian Huawei IDEOS S7 dan juga Huawei IDOS U8150 pada harga cuma RM1599 dengan melanggan pakej maxis Value Plus dan pelan data selama 12bulan.
Via : MyTechNews. Tips daripada @IAmCoklat