Cari @ Amanz

Beberapa bulan yang lalu, Gumuu telah dilancarkan oleh Digide, dan seterusnya memperkenalkan fungsi memuat-turun fail yang dimuat-naik padanya dengan mudah. Menariknya, kini Digide turut memperkenalkan fungsi komen pada Gumuu, memudahkan para pengguna mengetahui lebih lanjut mengenai apakah yang diperkatakan oleh orang lain berkenaan sesuatu fail itu.

Melalui laman Gumuu, seperti semua sedia maklum, ianya membolehkan para pengguna berkongsikan sebarang fail, termasuk dokumen, video, gambar mahupun audio dengan mudah, yang mana menyokong saiz maksimum sehingga 200mb. Kini, dengan fungsi komen, para pengguna yang mendapati sesuatu fail itu berguna mahupun tidak boleh meninggalkan komen padanya, sekaligus menjadikannya sebagai salah satu tempat rujukan oleh pengguna lain yang inginkan fail yang sama.

Walaubagaimanapun, sekiranya ingin meninggalkan komen, para pengguna perlulah berdaftar dan telah logmasuk ke Gumuu terlebih dahulu. Pihak pembangunnya mengatakan yang mana langkah tersebut merupakan salah satu langkah untuk mengatasi komen spam berleluasa, sekaligus menjadikan komen yang ditulis lebih relevan lagi.

Baru-baru ini, Gumuu telah mencapai tahap Alpha 2, dan ianya dijangka akan mencapai versi Beta pada tahun hadapan. Semestinya dengan mencapai tahap beta, lebih banyak fungsi menarik yang akan diperkenalkan bersamanya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd