Lebih 200 Ribu Aplikasi Kini Di Android Market

Lebih 200 Ribu Aplikasi Kini Di Android Market

Diterbitkan pada Dis 29, 2010 oleh .

Sistem operasi Android daripada Google kini sering diperkatakan yang mana bakal menjadi salah satu fenomena besar pada tahun 2011, dan menariknya, kini Android menamatkan tahun 2010 dengan sesuatu yang menarik, dimana kini lebih 200,000 aplikasi terdapat untuk dimuat-turun di Android Market.

Walaubagaimanapun, ianya masih lagi dibelakang App Store daripada Apple yang mana mempunyai lebih 300,000 aplikasi, namun begitu, berkemungkinan besar, angka tersebut mungkin akan dapat ditandingi oleh Android pada tahun hadapan dengan mudah.

Selain daripada itu, beberapa data menarik yang turut dikongsikan berkaitan dengan Android Market adalah dimana lebih 2.5 billion aplikasi telah dimuat-turun oleh para pengguna Android seluruh dunia, dengan angka muat-turun lebih 103 aplikasi dimuat-turun setiap saat pada masa sekarang ini.

Dengan angka sebegini, ianya diperkatakan yang mana Android mungkin akan menjadi sistem operasi nombor satu dunia menjelang 2014 kelak. Walaubagaimanapun, angka ini bukanlah angka rasmi yang dikeluarkan oleh Google, sebaliknya didapati daripada laman AndroLib.com.


TIPS & ULASAN