Cari @ Amanz

Minggu lepas, kita dimaklumkan akan kegagalan Skype untuk berfungsi dan telah menyebabkan para pengguna seluruh dunia tidak dapat mengakses masuk ke dalam perkhidmatan VoIP popular terbabit. Kini, pihak Skype sudah memaklumkan sebab utama kenapa perkhidmatan itu gagal diakses.

Menurut Lars Rabbe dari Skype, sebahagian pelayan-pelayan mengalami situasi terlebih panas (overheated) pada hari Rabu lepas, 22 Disember 2010. Akibat daripada situasi berkenaan, pengguna-pengguna Skype menghadapi masalah dimana mereka lambat menerima respon ketika menggunakan servis VoIP popular tersebut.

Sebahagian daripada pengguna-pengguna Skype yang menggunakan client versi 5.0.0152 bagi Windows, menghadapi masalah, dimana pengguna yang menggunakannya menghadapi masalah untuk dan gagal untuk memproses maklumat yang dihantar oleh pelayan-pelayan Skype.

Pada awalnya, pengguna-pengguna Skype yang menggunakan versi selain yang dinyatakan di atas, tidak mengalami masalah tersebut dan sepatutnya keadaan tersebut tidak akan menjejaskan apa-apa pada pelayan-pelayan berkumpulan milik Skype. Namun, menurut Skype, hampir 50% pengguna-pengguna Skype di seluruh dunia menggunakan versi 5.0.0152 bagi Windows, situasi [client restart] berkenaan menyebabkan bilangan permintaan yang tinggi dihantar pada pelayan-pelayan Skype.

Bilangan permintaan terhadap pelayan Skype itu menyebabkan 25-30% SuperNodes milik Skype gagal berfungsi, dan turut menyebabkan SuperNodes yang lain mengalami beban yang tinggi dalam menjalankan operasi. Keadaan sedemikian telah menjadikan SuperNodes berkenaan tertutup secara automatik bagi mengelakkan kerosakan berlanjutan.

Pihak Skype memohon maaf akan apa yang telah berlaku dan pihak mereka berjanji akan lebih berhati-hati pada masa akan datang bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd