Cari @ Amanz

Matt Mullenweg telah pun mengumumkan pelepasan kemaskini terbaru bagi sistem pengurusan kandungan terkemuka iaitu WordPress. WordPress 3.0.4 kini boleh dimuat turun secara terus daripada laman rasmi WordPress, ataupun anda boleh mengemaskini pemasangan anda secara automatik melalui dashboard.

Pelepasan kemaskini itu dibuat selepas beberapa pengguna melaporkan menemui beberapa kerentangan yang wujud di dalam beberapa fail WordPress merangkumi kerentangan jenis Cross-Site Scripting (XSS) di dalam KSES Library dan ia dianggap sebagai masalah yang amat kritikal menurut Matt Mullenweg.

Jika anda ingin melihat perubahan kod yang berlaku di dalam kemaskini berkenaan, anda boleh melawat laman WordPress Trac dan ketahui lebih lanjut berkenaan dengannya. Semua pengguna WordPress yang memasang sendiri pada server masing-masing diminta untuk mengemaskini supaya kejadian yang tidak diingini berlaku.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd