Carian
Skype Untuk iOS Kini Menyokong Panggilan Video
December 30, 2010 Aman

Setelah pelbagai ura-ura kedengaran sepanjang minggu ini, kini secara rasminya, Skype untuk iOS membawakan fungsi panggilan video, sekaligus membolehkan iPhone 3GS, iPhone 4 dan iPod Touch generasi ke-empat membuat panggilan video antara pengguna Skype yang lain dengan mudah.

Perkhidmatan panggilan video antara pengguna iOS dan juga pengguna lain, samaada pengguna Skype di Winodws, Mac dan Linux adalah percuma, dan pengguna iOS boleh menggunakan WiFi dan talian 3G untuk melakukan panggilan. Memandangkan beberapa perantian iOS tidak mempunyai kamera hadapan, para pengguna boleh menggunakan kamera pada bahagian belakang untuk membuat panggilan. Sekiranya anda menggunakan iPad atau iPod Touch generasi ketiga, anda turut sama boleh menerima panggilan video daripada rakan anda yang lain, dan melihatnya pada perantian anda.


Panggilan Video Pada iOS Melalui Skype

Mungkin dengan pengenalan untuk iOS ini, kelak kita akan dapat melihat sokongan panggilan video daripada Skype pada lebih banyak perantian dan sistem operasi pada tahun hadapan. Walaubagaimanapun, masih tiada sebarang pengumuman rasmi daripada pihak Skype buat masa ini.

Bagi para pengguna perantian iOS, anda boleh memuat-turun Skype 3.0 untuk iOS dan mula membuat panggilan video melaluinya mulai hari ini.

Komen