Drag2Up Memudahkan Proses Muat Naik Gambar

Drag2Up Memudahkan Proses Muat Naik Gambar

Diterbitkan pada Dis 30, 2010 oleh .

Drag2Up merupakan Chrome Extension dan juga Firefox Add-on yang membenarkan anda memuat-naik gambar dan juga fail ke dalam apa jua kotak input pada mana-mana laman web dengan mudah. Drag2Up turut membolehkan anda memuat-naik gambar atau fail tersebut secara background kemudian menambah URL ke dalam kotak input tersebut.

Applikasi ini telah direka oleh Antimatter15 yang baru sahaja berusia 15 tahun. Antimatter15 menyatakan bahawa anda tidak perlu lagi menyusahkan diri untuk membuka tab baru di dalam pelayar web anda, masuk ke dalam laman web yang menghoskan gambar, meluncuri folder di dalam cakera keras serta menekan butang “muat-naik”, yang mana amat mengambil masa yang lama, serta membazir waktu produktif anda.

Melalui Drag2Up, ianya menyokong kebolehan untuk muat-naik lebih dari satu fail secara serentak pada sesuatu masa dan menyokong beberapa servis pemendek URL popular di internet. Bergantung kepada jenis fail yang ingin dimuat-naik, fail tersebut akan dihoskan kepada servis penyedia hos popular seperti DropBox, CloudApp, Imgur, Imm.io dan pelbagai lagi.

Anda boleh mendapatkan aplikasi ringkas ini untuk pelayar web anda samaada sebagai extension untuk Google Chrome ataupun addon untuk Mozilla Firefox secara percuma dan mula memuat-naik fail anda dengan mudah hari ini.


TIPS & ULASAN