Firefox 4 Akan Memperkenalkan Tab Pada Bahagian Title Bar

Firefox 4 Akan Memperkenalkan Tab Pada Bahagian Title Bar

Diterbitkan pada Dis 30, 2010 oleh .

Firefox 4 yang sepatutnya dilancarkan pada tahun ini, seperti sedia maklum telah ditangguhkan kepada tahun hadapan. Walaupun ianya telah dikatakan yang mana tiada sebarang fungsi atau perubahan baru akan diperkenalkan buat masa ini, ianya kini kelihatan yang mana sedikit perubahan pada antaramuka akan diperlihatkan pada Firefox 4 kelak.


Tab Pada Title Bar

Ianya kini diperkatakan yang mana melalui Firefox 4 Beta yang seterusnya, Mozilla akan menguji tab pada bahagian title bar pada tetingkap pelayar web tersebut. Walaupun fungsi ini masih belum diperkenalkan pada sebarang versi pembangunan Firefox buat masa ini, para pengguna Windows dan Linux boleh memuat-turun versi eksperimental Firefox.

Nampaknya, dengan Firefox 4 kelak, Mozilla ingin memperkenalkan suatu pelayar web yang betul-betul mantap kepada para pengguna. Buat masa ini, masih tiada sebarang pengumuman rasmi berkaitan bila mana ianya akan dilancarkan kepada para pengguna, namun ianya dijangkakan akan menemui para pengguna dalam suku tahun pertama tahun 2011. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN