Gumuu Kini Mampu Berintegrasi Dengan Facebook

Gumuu Kini Mampu Berintegrasi Dengan Facebook

Diterbitkan pada Dis 31, 2010 oleh .

Selepas memperkenalkan kebolehan untuk meninggalkan komen pada fail di Gumuu, kini mereka melangkah setapak lagi kehadapan dimana kini mereka menyokong protokol Facebook, membolehkan fail audio dan video yang dihoskan pada Gumuu dimainkan terus pada Facebook.

Berbeza dengan sebelum ini, jika ada sebarang fail video atau audio yang dipautkan dari laman Gumuu ke Facebook, audio atau video tersebut tidak boleh dimainkan secara terus pada Facebook dan anda perlu melayari pautan dimana akan dibawa ke laman Gumuu dan kemudian barulah audio atau video tersebut dapat dimainkan. Ianya mengambil masa yang agak lama dan menyukarkan sedikit para pengguna.

Walaubagaimanapun, dengan adanya sokongan baru ini, ia memudahkan para pengguna untuk berkongsi fail secara langsung terus bersama rakan-rakan anda yang lain. Gumuu pada masa ini masih lagi pada peringkat alpha dan dijangka akan mencapai versi beta pada tahun hadapan.


TIPS & ULASAN