Lebih 4 Juta Nokia N8 Telah Di Keluarkan

Lebih 4 Juta Nokia N8 Telah Di Keluarkan

Diterbitkan pada Dis 30, 2010 oleh .

Nokia N8 merupakan salah satu perantian Symbian daripada Nokia yang amat menarik sekali. Sejak pelancarannya pada bulan Oktober lepas, kini ianya diperkatakan yang mana Nokia telah mengeluarkan lebih 4 juta unit perantian Nokia N8 ke seluruh dunia, sekaligus memperlihatkan suatu angka yang besar dalam tempoh kurang 3 bulan.

Nokia N8

Menurut syarikat Inderes Oy yang berpangkalan di Finland, sama seperti Nokia, ianya mengatakan yang mana jumlah Nokia N8 yang terjual di seluruh dunia adalah diantara 3.5 juta hingga 4 juta, dan perantian tersebut amat popular di India, Finland, UAE dan juga Malaysia.

Selain daripada Nokia N8, sepanjang tahun ini, beberapa perantian Nokia telah mendapat perhatian ramai, termasuk C7 yang membawakan fungsi lebih kurang serupa seperti N8, tetapi berharga lebih murah. Di Malaysia, Maxis menawarkan Nokia N8 pada harga serendah RM999 dengan kontrak 24 bulan, manakala Nokia N8 turut boleh didapati pada harga RM1620 di kedai-kedai menjual perantian alat telekomunikasi.


TIPS & ULASAN