Carian
Mau.my Di Lancarkan Sebagai Laman Iklaneka Freemium
December 31, 2010 Aman

Selain daripada Habaq.my yang dilancarkan baru-baru ini, kini dunia jual beli terus meriah dengan kehadiran lagi satu laman baru, iaitu Mau.my, yang mana membawakan konsep serupa, membolehkan para pengguna mengiklankan produk mereka untuk dijual atau disewa dengan percuma kepada orang ramai.


Antaramuka Laman Mau.my

Berbeza dengan Habaq.my yang menggunakan WordPress, Mau.my menggunakan platform mereka tersendiri, membawakan konsep yang serupa seperti Mudah.my, namun dengan antaramuka yang lebih kemas lagi. Dengan populariti Facebook yang kian meningkat, Mau.my memudahkan para pengguna mendaftarkan diri secara terus dengan menggunakan akaun Facebook mereka.


Mau.my Menggunakan Facebook Connect Untuk Pendaftaran

Pelbagai kategori yang disediakan pada Mau.my, memudahkan pencarian barang oleh para pengguna, selain anda juga boleh mengiklankan produk dan perkhidmatan anda dengan lebih jitu kepada suatu kelompok dengan lebih mudah lagi. Mau.my dibangunkan oleh Rusdy Ahmad yang mana turut dikenali dengan nama Bob dikalangan para pengguna internet Malaysia yang pernah mencetuskan pelbagai revolusi sebelum ini.

Komen