Cari @ Amanz

Selepas gagal untuk membeli Groupon dengan harga lebih $6 billion, kini Google bakal memperkenalkan versi mereka tersendiri, sekaligus bersaing dengan Groupon melalui Google Offers. Walaupun tidak diketahui bila manakah ianya akan dilancarkan secara rasminya, dokumen-dokumen yang berkenaan dengannya sudah pun mula kelihatan.


Antaramuka Google Offers Kelak [via]

Google Offers kelak dijangka akan beroperasi sama seperti Groupon, Groupsmore dan beberapa laman tawaran harian yang lain, dimana para pengguna boleh membeli sesuatu tawaran itu dalam suatu tempoh masa yang singkat.

Google Offers juga akan menggunakan sistem pembayaran menggunakan Google Checkout, selain membolehkan para pengguna berkongsi menggunakan Facebook, Twitter, Google Buzz, emel dan Google Reader. Buat masa ini, ianya dikatakan yang mana Google sedang berbincang dengan perniagaan-perniagaan diluar sana dalam membawakan tawaran menarik kepada para pengguna.

Walaubagaimanapun, ianya masih lagi tidak diketahui samaada adakah Google Offers akan diperkenalkan ke seluruh dunia, ataupun hanya di Amerika Syarikat sahaja ketika pelancarannya kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd