Cari @ Amanz

Walaupun masih tiada sebarang pengumuman rasmi daripada pihak Google dan pembangun Android buat masa ini, kini ianya diperkatakan oleh PC World, yang mana Android Honeycomb kelak hanya akan menyokong perantian dengan cip pemprosesan dual-core, serta memerlukan skrin beresolusi 1280×720 untuk beroperasi.

Menurut PC World, Honeycomb memerlukan cip pemprosesan terkini, atau lebih tepat lagi dual-core, yang mana dijangka akan menjadi salah satu perkara yang akan digunakan dalam pembangunan perantian mudah-alih pada tahun ini. Namun begitu, ianya turut diperktakan yang mana skrin bersaiz 7-inch adalah skrin paling kecil yang akan disokong olehnya, memperlihatkan yang mana Android Honeycomb lebih ditujukan kepada tablet dan bukannya telefon pintar.

Menu Pada Android Honeycomb
Menu Pada Android Honeycomb [via]

Walaubagaimanapun, memandangkan tiada sesiapa daripada Google atau pembangun Android yang mengesahkannya sehingga kini, ianya masih lagi diperingkat ura-ura, dan semestinya Google mempunyai pelan mereka tersendiri supaya tidak melupakan pengguna telefon pintar Android mereka. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd