Cari @ Amanz

Dengan pelbagai laman tawaran dan diskaun sedia ada, industri tersebut masih terus dimeriahkan, dimana terkini, kami menemui laman Koupon yang mana menawarkan diskaun sehingga 90% kepada para pengguna dalam pembelian secara berkumpulan, sekaligus membolehkan para pengguna berjimat dengan mudah.


Antaramuka Laman Koupon.com.my

Laman Koupon masih lagi baru, dimana ianya dilihat telah dilancarkan pada tahun ini, dan sehingga kini lebih 5 tawaran dan diskaun telah ditawarkan melalui laman tersebut. Selain daripada itu, menariknya mengenai Koupon adalah dimana para pengguna boleh meminta kepada pihak Koupon berkenaan dengan tawaran dan diskaun yang diinginkan, dan seterusnya, mereka akan cuba mendapatkan perkara tersebut.

Di Malaysia, beberapa laman dengan konsep serupa telah diperkenalkan sejak daripada tahun lepas, dimana, antaranya termasuklah GroupsMore dari YouthAsia, Baloi, Qpon, ILoveDiscounts, MyDeals.com.my, Tawaran Harian, Everyday, OrangeDeals, dan banyak lagi. Namun begitu, kebanyakkannya masih mensasarkan pada Lembah Klang sahaja buat masa ini. Laman-laman dengan konsep sebegini juga dijangka terus meningkat sepanjang tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd