Cari @ Amanz

Baru sahaja malam semalam Apple melancarkan Mac App Store kepada umum, dan menariknya, ianya telah mendapat perhatian penuh para pengguna Mac. Kini, dalam tempoh 24 jam daripada pelancarannya, Apple telah pun mengeluarkan statistik pertama Mac App Store, dimana lebih 1 juta aplikasi telah dimuat-turun oleh para pengguna seluruh dunia.


Antaramuka App Store

Buat masa ini, hanya lebih daripda 1,000 aplikasi percuma dan berbayar sahaja yang ditawarkan oleh Mac App Store, dan pencapaian ini adalah salah satu perkara yang amat menarik sekali. Melalui Mac App Store, ianya menawarkan aplikasi dalam beberapa kategori, termasuk pendidikan, permainan, grafik & rekabentuk, produktiviti, dan banyak lagi. Untuk mula menggunakannya, para pengguna terlebih dahulu perlu mengemaskini sistem operasi mereka kepada Mac OS X 10.6.6.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd