Cari @ Amanz

Seperti sedia maklum, teknologi HTML5 semakin popular akhir-akhir ini, dan hari ini, W3C (World-Wide Web Consortium) telah pun memperkenalkan sebuah logo khas untuk HTML5, selain melalui sebuah laman ringkas, menerangkan teknologi HTML5, sekaligus membolehkan para pembangun web menyertakan sebuah lencana khas dengan penerangan teknologi padanya pada laman yang dibangunkan mereka.

Seperti sedia maklum, kini kebanyakkan pelayar web sudah mula menyokong teknologi HTML5, selain banyak web yang menyokongnya turut dibangunkan. WordPress juga mengambil peluang memperkenalkan tema berasaskan HTML5, selain YouTube turut sama menyokongnya.

Para pengguna juga boleh mendapatkan pelekat HTML5 secara percuma dengan menghantarkan sampul surat beralamat sendiri kepada W3C di Amerika Syarikat, selain turut sama membeli baju-T HTML5, selain menyatakan sokongan kepada HTML5 yang kini sedang meningkat naik penggunaannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd