Cari @ Amanz

Seperti yang diperkatakan sebelum ini, ianya didapati yang mana pihak MentariWorks telah pun melancarkan versi alpha untuk Lokal.my, yang mana boleh diakses oleh para pengguna, selain sudah boleh mengujinya dengan menghantar iklaneka masing-masing secara percuma padanya.

Selain daripada pelancaran versi alpha, Lokal.my juga dijangka akan mendapat antaramuka yang baru tidak lama lagi. Melalui laman Lokal.my, MentariWorks membawakan kemudahan dalam memaparkan iklan iklaneka anda kepada umum, selain menjadikan laman Lokal.my mudah dilayari, dan pantas dibuka. Ianya juga diura-urakan yang mana MentariWorks mungkin kelak akan memperkenalkan aplikasi mudah-alih untuk Lokal.my selepas melancarkan versi akhirnya kelak.


Antaramuka Baru Lokal.my [via]

Jadi, apakah pendapat anda berkenaan dengan laman Lokal.my?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd