Cari @ Amanz

Salah satu laman sosial tempatan yang menarik adalah MyFriends2U yang mana telah dilancarkan pada tahun lepas. Menariknya, kini mereka terus memperkembangkan laman sosial tersebut, dengan penambahan baru, iaitu Marketplace, memudahkan para penggunanya untuk berjual-beli barangan, terus dari laman tersebut.


Laman Marketplace Pada MyFriends2U

MyFriends2U telah pun dilancarkan kepada umum pada tahun lepas, membawakan suatu rangkaian sosial yang serba baru dan menarik. Dan untuk menjadikannya lebih unik, kini mereka memperkenalkan Marketplace. Buat masa ini, Marketplace masih lagi pada peringkat beta, dan mungkin pelbagai perubahan akan diperkenalkan dari masa ke semasa.

Sama seperti laman jual-beli yang lain, penyenaraian pada laman MyFriends2U dipecahkan kepada beberapa kategori untuk memudahkan penyenaraian dan juga pencarian produk. Selain daripada Marketplace di MyFriends2U, antara beberapa laman baru yang dilancarkan dengan konsep serupa, termasuklah, Habaq.my, Mau.my dan juga Lokal.my.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd