Cari @ Amanz

Setelah kejayaan Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards sebelum ini, iaitu pada penghujung bulan 2009 tempoh hari, kini acara yang diadakan dua tahun sekali itu, akan tiba kembali untuk tahun ini, dan menariknya, perancangan untuknya telah pun dimulakan oleh Nuffnang.

Nuffies are now planning for the 2011 Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards #napbas .less than a minute ago via TweetDeck

Walaubagaimanapun, masih tiada sebarang info lanjut berkaitan dengannya, dimana bilakah dan dimanakah ianya akan diadakan. Sebelum ini, Nuffnang telah adakan Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards di Singapura, dan untuk tahun ini, berkemungkinan besar, ianya bakal diadakan di Malaysia. Namun, tiada kepastian lagi padanya buat masa ini.

Sebelum ini, 12 anugerah telah diberikan pada Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards, dan seramai 14 orang penulis blog Malaysia telah dinamakan pada sembilan kategori yang dipertandingkan. Seramai lebih 400 penulis blog daripada Malaysia, Australia, Filipina dan Singapura telah didatangkan pada tahun 2009, dan mungkin lebih ramai lagi yang akan hadir pada tahun ini.

Untuk senarai penuh pemenang Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2009, anda boleh ke laman mikro anugerah tersebut. Info lanjut berkenaan anugerah ini akan terus dibawakan dari masa ke semasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd